Wednesday, March 6, 2013

Langkawi Day 2

Yes! Entry yang ditunggu-tunggu! (ada ke yang tunggu??)

Langkawi day 2.

Macam biasa si kecik ni conquer satu katil untuk diri dia. Tapi takpe dapatla jugak daddy and mummy beramas beramah mesra dekat katil satu lagi haha.


Turun breakfast awal jugak, araound 8++am rasanya, tu pun coffee house dah penuh.
BTW the view when we had our breakfast is to-die-for.
Sumpah lawa sangat, tenang giler and best lagi bila ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

Buffet spread for breakfast pun banyak, they have everything from local food, to western food, to all sorts of bread, cereals, fruits and also salad. Rasanya confirm dapat memenuhi citarasa semua golongan baik omputih mahupun tekak melayu.

And not to worry, every morning pun ada menu bubur nasi, so sesiapa yang bawak baby senangla, boleh bagi baby makan bubur nasi. Tak payah nak pening-pening dah. Kitorang hari-hari siap tapau bubur bawak naik bilik lagi (we asked the waiter first of course).

the splendid view during breakfast



After breakfast, layan si kecik dulu mandi swimming pool. Again, kudos to Awana because ada kiddie pool, siap ada mushroom fountain lagi. Si kecik memang la tak nak berhenti mandi swimming pool ni. Siap marah bila dukung naik bilik and asyik tunjuk kat swimming pool, he demanded to go back to the pool. Esok kita mandi lagi ok sayang.



tengokla muka si kecik yang mengada tu

Batman and Robin?



Then around 11am dah janji dengan semua orang tunggu kat lobby.

ewah-ewah


si kecik mengamuk nak tidur time ni



First destination, kami gerak ke perkampungan beras terbakar, and time sampai je, elok plak si kenit tertido dah dalam kereta. So mommy had to sit in the car with him, tak sampai hati pulak nak kejutkan sebab baru tido plus kat beras terbakar ni panas sangat-sangat. Not good for him I guess, so I stayed in the car with him. And di sebabkan mommy tak turun kereta, maka takde gambar beras terbakar harap maaf.

My mom and my MIL time ni dah start shopping dah, dok memborong kain batik. Dua-dua gila kain batik, tak tau la berapa puluh pasang dorang ni borong. Siap sempat plan next time datang Langkawi nak beli lagi kain batik.

Tuan tanah je yang baik tak beli apa-apa, duduk je dalam kereta sambil makan keropok lekor dengan minum air kelapa.



Lepas beras terbakar, kami ke Kota Mahsuri untuk melawat Makam Mahsuri. Time ni just nice si kecik pun bangun, so mommy boleh turun jenjalan jugak yeay!

Last time I was here, I was 13 years old kot. Dah lama sangat rasanya, and a lot has changed, the place is nicer and lebih structured. Entrance fee is RM7 for adult, untuk Miqa free. 

Salah satu pembaharuan tempat ni ialah sekarang ni dah ada satu bilik khas untuk mengenali sejarah Mahsuri, I don't think this room was there the last time. I think it's quite cool especially for tourists, coz barulah dapat tahu sejarah Mahsuri sepenuhnya. Siap ada video pasal mahsuri lagi which is great la kan. Melopong la tuan tanah ni dek kerana nak memahami sejarah Mahsuri.


 
entrance ke Kota Mahsuri 


 
 Si kecik yang mamai-mamai lagi time ni

 
Laki I olls yang mengada-ngada nak bersalam bagai, layankan saje



my mom, me, Miqa



FIL and MIL



Laki ku yang gagah perkasa ewahhh



Part of Mahsuri's legend



Tuan belog ini


Next stop, Pekan Kuah
 
Lepas ke Kota Mahsuri, we had our lunch at Pekan Kuah, and sempatla singgah sekejap dekat Haji Ismail Group dan juga Idaman Suri. Kepada suri-suri di luar sana, kalau datang Langkawi tapi tak pergi Haji Ismail Group atau Idaman Suri ni tak sah rasanya. Sebab memanglah banyak sungguh barang-barang yang menjadi idaman suri di sini, seperti pinggan Corelle yang menjadi kegilaan ramai, periuk Tefal and mangkuk Vision, cawan Luminarc dan jugak coklat duty free untuk suami suri lah kot, takkan suami nak beli pinggan Corelle kot. 

My MIL memang borong sakan,(this place is her forte) mostly beli pinggan mangkuk untuk kedai makan diorang, tapi of cosh ada jugak pinggan untuk kegunaan sendiri kan, dah alang-alang tu apa salahnya sekali jalan kan. My FIL geleng kepala je kat dalam kedai ni, tapi tetap layankan my MIL, comel je diorang ni.

My mom pun samaaaa tersampuk jugak, hangkut pinggan Corelle jugak, nak pakai kat rumah katanya walaupun dah banyak dah Corelle kat rumah, sape tukang pilih corak pinggan? Semestinya sayaaa!

Actually tuan tanah pun hampir-hampir tersampuk nak beli set Corelle dengan set Melamine, tapi encek K kata tak payah sebab kat rumah dah banyak set pinggan dapat masa hadiah kahwin dulu, banyak sangat set sampai ada yang tak berbuka until now. Nasib baik di halang oleh encek K, kalau tidak...... muahahahhahaha



Setelah selesai projek pinggan mangkuk (ni first phase je dulu, ada lagi second and third phase ye), we headed to Dataran Lang. Again, last time I was here, Dataran Lang ni takde pun lagi. So we were really happy ber cam-whore di Dataran Lang.

 Si kecik pun elok jugak tido time ni. Kalau tidakkkk, ya ampun kena kejar dia sana-sini sebab confim si kecik akan cuba menjadi abang kawasan kat Dataran Lang ni.













After Dataran Lang, semua pun dah capek dan of cosh lapar, we had dinner at the same seafood restaurant before. Tak tau nak makan mana plus dah confirm kedai tu sedap, jadi makan kat situ saje.

After dinner, terus balik hotel sebab semua pun dah tak larat.

Well, that's day 2. Day 3 and day 4 soon ya.

0 comments: