Today is our 4th year anniversary.
We have been married for four years already??
Cepatnya masa berlalu.
Harini nak cerita sikit kisah dolu-dolu..
Kenal encek K masa kat Uniten dulu tak sangka jodoh perhubungan kami kekal sampailah ada Arfan Miqaeel sekarang. Masa first time kenal dulu I bolayan encek K ni. Bila dia bagitau dia suka kat I, I told him I nak kawan je dengan dia(masa tu ada BF lain kan, phuii). But he is very determined and very consistent okay. Tak give up langsung. Kental sungguh dan terus mencuba. Ada je setiap masa I perlukan dia. Masa sakit hantar ubat, hantar air bali, hantar nasik goreng, bawak buka puasa, bawak pergi jogging dan macam-macam lagila pengorbanan dia. Dulu ada jugak kawan-kawan rapat dia tak suka I, dorang kata I 'minah social' gituuuu. Hahahah sentap mak di label begitu tau tak nyah, mak baik okay, just clean fun je. Tapi time tu encek K ni tak pedulik semua tu, he said he knows who I am inside. Itu yang membuatkan terbuka hati nak terima dia akhirnya. Dia memang betul-betul konsisten in making me fall for him. And I did fell for him; for his kind heart :)
Dulu kat Uniten kitorang kira susah jugak, masa mula-mula couple tak banyak duit kan. Makan amek satu pinggan, isi nasi penuh-penuh menggunung, amek 2 lauk pastu amek lagi satu pinggan extra untuk share nasiktu. Bila dapat duit PTPTN and MARA barulah terjah The Mines, tu pun makan KFC or McD. Tu pun dah kira mewah giler. Ingat lagi dulu encek K ada beli sepasang kasut NIKE GOLF dekat The Mines, time tu dah nak raya dah, kami pergi shopping raya time tu, encek K happy giler dapat kasut tu padahal harga kasut tu RM110 je, tu pun kami dah rasa mahal giler time tu and best giler dapat kasut NIKE. Dulu ke mana-mana pun naik motor scooter Encek K, jimat jugaklah coz naik scooter je kan. Minyak full tank RM7 je. KLCC pun kami pernah sampai, tapi tak mampulah nak makan Chilis semua time tu, tengok jelah dari kejauhan. Memang selalunya kitorang pergi The Mines je dulu or pergi Lot 10 bukan untuk shopping tapi untuk makan sizzling nasi black pepper kat food court Lot 10 (sedap gilers okay).
Selalunya petang-petang kat Uniten kitorang akan jogging dengan team ragbi encek K lepas tu dinner bihun sup RM2.50 kat foodcourt Upten, that's why dulu I terjebak main touch rugby for ladies for Uniten, sebab ikut encek K training ragbi. Dulu-dulu kitorang memang ramai kawan senior berbanding junior sebab selalu lepak dengan budak-budak ragbi senior, siap pergi tournament sampai ke Port Dickson semua. Memang tak payah banyak fikir time tu. Just study and have fun kan, that's why ramai orang cakap time belajar kat universiti paling best and I could not agree more. We did have a wonderful time masa belajar kat Uniten dulu (and mak still score okay 3 pointer above masa graduate tau!)
Who would have thought we made it together sampai habis belajar kan. Tak sangka jodoh kami kuat. After graduation, kami kerja 2 tahun dulu baru decide nak kahwin lepas tu. Memang kami tak nak kahwin immediately after habis belajar, nak simpan duit dulu nak merasa hidup sendiri dulu. Tapi syukur agaknya memang lah dah jodoh kan, kahwin jugak akhirnya kami (walaupun I ada peminat lain tapi hati tetap dekat encek K).
Keistimewaan encek K?
Terlalu banyak nak cerita kat sini, biar I seorang je yang tau (kang kena chop up laki sendirik pulak kannn).
Yang paling penting sangat-sangat-sangat penyabar and hati encek K ni lembut suka sangat tolong orang. And dia ni ramai gila kawan, so memang kena share time dia ni ngan kawan-kawan. Di setiap pelusuk ada je kawan-kawan dia and satu lagi dia ni memang 'people person', sangat senang buat kawan baru tak kira dia mana. Dia memang tak boleh hidup tanpa kawan-kawan dia especially geng 'blood brothers' dia. So I have to accept that fact. Kadang-kadang keluar memang dah macam entourage ke ape ni, segerombolan okays. Hahaha. Tapi of courselah happening kan ramai-ramai. Tapi disebabkan ramai kawan jugak maka ramai orang boleh tolong kami di saat kami memerlukan, so it's a win-win situation lah kiranya.
Sayang,
Sempena anniversary kita yang ke 4 tahun ni saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih sebab banyak bersabar dengan diri saya yang 'pening' ni hahaha. I know I am difficult and very stubborn at times (saya ni hati kering sikit kan?), but I think you know that already kan. Terima kasih jugak terima banyak kekurangan saya. I will try to be a better wifey and mumsy okay. Apa yang paling penting dalam keluarga kita? Kerjasamaaaa, trust, respect and our love for each other. Myself and Arfan Miqaeel sangat-sangat bersyukur dengan kehadiran awak. Let's make more babies and make our lives better okay sayangs! Don't forget my handbags too (kidding!!). See u laters for our anniversary dinner. I love you. Arfan Miqaeel loves you! Muackkkkkksss!
0 comments:
Post a Comment