Wednesday, July 23, 2014

Ramadhan is leaving us soon..


Salam korang,


How's your Ramadhan so far? Mine has been a test for me. Haritu sakit Vertigo yang teruk sampai kena tinggal puasa 10 hari. Muntah, nak pengsan and terbaring bedrest for few days. Sungguh sedih time tu sebab bulan puasa kan. Risau giler that day sebab my doctor insisted that I go for CT scan, of which I did; and syukur sangat-sangat everything is clear. But I have to be on meds for a while and have to do a little dietary control and frequent exercise. Pendek kata ke arah healthly lifestyle lah. Tapi masih lagi bersyukur sebab masih diberi peluang bernafas di bumi Allah ni. 


Ramadhan ni memang kami sekeluarga banyak makan luar, tak pergi bazaar Ramadhan pun just makan kat kedai tomyam or mamak... Encek K pun sibuk dengan urusan unit trust dia after berbuka, busy jumpa clients sana-sini so mainly it's always me and Arfan Miqaeel at home after ifthor. Few times jugak buka kat area KL, buka dengan kawan-kawan and office mates outside our so called housing area. So far cuma makan buffet 2 kali je sepanjang  Ramadhan ni (we try to avoid buffets whenever possible, tak suka bazir). Kami prefer order ala carte or masakan tomyam. Arfan pun senang je nak makan janji ada lauk telur rebus or telur goreng. As for sahur kami memang jenis tak sahur sangat, dapat biskut ke, air panas secawan pun dah okay dah. 


And how's your Syawal preparation?
For me dah tua2 ni pun still eksaited nak pakai baju baru time Syawal. Barula meriah kannn. Kata beraya gittew. Tapi tahun ni memang tak obses sangat beli RTW designer collection. Beli dua pasang (hopefully sempat sampai lah sepasang ni nak pakai first day raya, baru order semalam dari Zalora hokayss). Encek K and Arfan Miqaeel punye baju dan samping pun dah settle dah.  Beli kat Jusco je siap2 semua.. Price wise memang berbaloi-baloi. Lagipun nak pakai pagi raya je so tak payah la membazir nak beli mahal-mahal sangat. Of course paling banyak baju and kasut mestila si kecik kan, belum puasa pun dah beli barang-barang dia. Tahun ni rasanya Arfan dah lebih faham maksud Raya kot, so we are excited to see his reaction on first day of raya. Lagipun Arfan punya birthday is on third day raya boleh?? Meriah sungguh birthday time raya! Anyhoot, tak sabar nak bawak Arfan balik Pilah merasa suasana hidup kampung. Last year dia takut dengan ayam hidup kat kampung, let's see this year hahaha. Yang pasti Arfan paling suka naik motor tawaf satu kampung hahaha.


Tema raya family kami tahun ni ialah kaler gagak hitam. Jadi kami ialah geng gagak hitam hokay u ols. Tapi hopefully sempatlah sampai baju mak dari Zalora, sebab mak order baju kaler block (so takdelah gagak hitam sangat kekdahnya). Kalo tak balik-balik hitam, sikit-sikit hitam, nak merasa meriah pulak pakai kaler lain. Tapi kalau tak sampai sebelum raya camno???? Arghhhhh!!


 Untuk kuih-muih pulak adelah beli 2,3 jenis je pun sebab kitorang memang tak raya kat umah sendiri, memang balik our parents house for a week, so kuih-muih nanti boleh ambil from my mom or my MIL. Depa mesti dah standby banyak kuih kan..So kita amek je kat sana kuih-muih nanti sebab selalunya banyak sangat lebih especially my MIL yang memang suka beli banyak gilerrrr kuih. For us, hiasan-hiasan rumah pun tak perlu sangat sebab memang takde kat rumah seminggu. Tapi haruslah kemas sket before balik kampung kang berhabuk tahap gaban pulakkkk.


Actually today onwards memang dah takdek mood nak keroje, tapi sampai Jumaat pun ada meeting lagi, ku gagahkan saje lah dah nasib badan. Part of takde mood ni sebab nak raya and part of it jugak sebab still tak berapa sihat lagi. Haihhhh... I am just looking forward to the long leave, nak berehat and bergumbira di rumah. Can't wait!!


So what's your Ramadhan and Syawal story? Hopefully semuanya yang meriah-meriah aje :)

0 comments: